Thursday, February 4, 2010

Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah dan Tuntutannya




Sebaik-baik Saf Dan Keutamaan Saf
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 430)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no.615. Muslim, no. 137)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)


Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang(saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambilsaf yang belakang..” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/93)
Posisi Makmum di Dalam Solat
1 – Kedudukan Saf Secara Umum Bagi Lelaki Dan Wanita.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan danseburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 440)

 
1 - Imam (Depan), 2 - Makmum Lelaki (Belakang Imam, Depan Saf Wanita), 3 - Makmum Wanita (Belakang)


2 – Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum.

Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum)disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya),sebagaim ana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri disebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis RiwayatMuslim, No. 763. Bukhari, no. 183)

Maka, kedudukan imam adalah di sebelah kiri makmum, dan makmum di sebelah kanan imam dalam keadaan satu barisan (satu saf) sebelah menyebelah.


1 - Imam (Kiri), 2 - Makmum (Kanan)

3 – Solat dengan dua orang makmum (atau lebih) bersama imam.

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah al-Anshaari:

“…Rasulullah s.a.w. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datangdan berdiri di samping kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalumemindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar binShakr r.a., ia berwudhu’ lalu mengikuti solat kami, ia berdiri disamping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdualalu memindahkan kami ke belakang beliau...” (Hadis Riwayat Muslim, no.3006)

Jika tiga orang makmum atau lebih solat bersama imam,maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan para ulama.Hadis- hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu banyak untukdisebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam,kerana tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imamtersebut berada di depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapaberada di depan imam maka batal solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaurdan Daud membolehkannya, jika tempat terlalu sempit. (Rujuk: SahihFiqih Sunnah, jil. 2, hal. 239, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)



4 – Solat seorang wanita bersama imam lelaki.

Diriwayatkandari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim dibelakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami. (HadisRiwayat Bukhari, no. 727)

Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersamaimam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam, sementarawanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan dari Anas,“Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersamamereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanitatersebut di belakang mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 269) (Rujuk:Sahih Fiqih Sunnah, jil.2, hal. 240, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinyaatau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimamiseorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkankeumuman hadis berikut:

“Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan denganseorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayatat-Tirmidzi, no. 1171)

Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.
1 - Imam (Depan), 2 - Makmum Wanita (Belakang)

1 - Depan - Imam (Kiri), Makmum Lelaki (Kanan), 2 - Belakang & Tengah (Saf Wanita)


5 – Solatnya seorang wanita bersama kaum wanita yang lain.

Diriwayatkandari Hajirah, dari Ummu Salamah, “Bahawa ia mengimami mereka, dan iaberdiri di tengah-tengah mereka.” (Hadis Riwayat Abdurrazzaq, 3/140)Jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiridi tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yanglainnya. Hendaklah ia tidak maju (mengambil posisi ke hadapan).

6 – Posisi kanak-kanak dalam saf solat berjemaah.

Diriwayatkandari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim dibelakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami. (HadisRiwayat Bukhari, no. 727)

Menurut Sheikh al-Albani:

Tidak mengapaanak- anak berdiri di saf kaum lelaki dewasa, jika saf tersebut masihada ruang. Dan solatnya kanak-kanak lelaki yatim bersama Anas dibelakang Rasulullah s.a.w. adalah hujjah dalam masalah ini. (Rujuk:Tamam al-Minah, hal. 282) (Dinukil dari Sahih Fiqih Sunnah, jil.2, hal.241-242, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

7 – Solat di samping (sebelah) imam kerana saf sudah penuh.

Barangsiapamemasuki masjid dan ia mendapati masjid sudah penuh dan saf-saf sudahsempurna, maka dia boleh membelah saf dan berdiri di samping imam. Iniadalah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di ketika beliausakit. Daripada Aisyah r.ha, dia menyatakan, “Nabi s.a.w. dalamsakitnya yang mengakibatkan beliau wafat, ketika merasa lebih baik,beliau keluar dan mendapatkan Abu Bakar sedang solat bersama yang lain.Ketika Abu Bakar melihat beliau, ia ingin mundur, maka beliau (Nabis.a.w.) mengisyaratkan kepadanya agar tetap di posisinya/tempatnya semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dipapah oleh dua orang sehingga beliaududuk sejajar di sebelah kiri Abu Bakar r.a.. Maka, Abu Bakar mengikutisolat Rasulullah s.a.w., sedangkan orang-orang mengikuti solat AbuBakar.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 418)

Dalam suatu penjelasan yang lain berkenaan kisahkepergian Nabi s.a.w. ke Bani ‘Amr bin ‘Auf untuk mendamaikan di antaramereka dan solat Abu Bakar bersama manusia, disebutkan, “...Rasulullahs. a.w. datang, sementara orang-orang sedang mengerjakan solat, makabeliau masuk hingga dalam saf...” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 684)Dalam riwayat yang lain, “Beliau membelah saf-saf hingga berdiri di safyang paling depan.” (Rujuk: Sahih Fiqih Sunnah, jil.2, hal. 239-240,Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf

Persoalanmenjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatupermasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hariini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku dimasjid-masjid sekeliling kita. Saf-saf solat mereka kelihatan renggang,tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiritidak ambil endah berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepadahadis- hadis Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat, dalam persoalanmerapatkan saf ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yangberbentuk ancaman.

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solatberjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan( dituntut) , sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya),“ Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakansebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no.. 433)Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakansebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 722.Muslim, no. 435) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalahsebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dansepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib,sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat,maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz ‘amr (perintah)dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w.setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepadajamaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yangdiriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsmanal-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya.. Juga Bilal pernahmelakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflahbahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akanmemukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yangdiwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447). Anas r.a. ketika tiba di kotaMadinah ditanya, “Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejaksepeninggalan Rasulullah?” Dia menjawab, “Tidak ada perbuatan kalianyang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-safkalian.” (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya, no. 724)

Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat,beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabatlalu bersabda, “Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allahakan membalikkan wajah-wajah kalian.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 717,Muslim, no. 436)

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata,“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung(sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami serayabersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akanmenjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh ImamMuslim dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullahmelurusk an saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panahhingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkankepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu haribeliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketikabeliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanyaterkehadapan , maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benarmelurusk an saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”.(Diriwayatka n oleh Muslim, no. 436)

Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a.,Beliau bersabda, “Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, keranasesungguhnya aku melihat kalian dari balik punggungku.” (Diriwayatkanoleh Abu Ya’la di dalam al-Musnad, no. 3720, al-Mukhlis di dalamal-Fawaid (1/10/2), Sa’id ibn Manshur di dalam al-Sunan, dan al-Ismailisebagaima na di dalam Fathul Bari (2/211). Sanad hadis ini adalah sahihmenurut syarat al-Bukhari dan Muslim seperti disebutkan di dalamal-Silsilah as-Sahihah)

Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan denganperselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorangtidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang,menunjukka n kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yangdemikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkanperpecah an.” (Rujuk: Fathul Bari 2/443) Pendapat ini juga didukung olehImam al-Nawawi, beliau berkata, “Berbeza hati maksudnya, terjadi diantara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati.Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahiradalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati.”

Sementara Qadhi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan“Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalamriwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)”. Hal itu merupakanancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yangmengangkat kepalanya sebelum imam (i’tidal), maka Allah akan mengubahwajahnya menjadi wajah keldai. Imam al-Kirmani menyimpulkan, “Akibatdari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkanperubaha n anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan denganmemberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf danmemberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya.”

Berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar berbaris lurus,tetapi juga dengan merapatkan kaki dan bahu antara satu dengan yanglainnya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Dari Ibnu Umar r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antarasaf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud danan-Nasai, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk dicelah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan olehAbu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)

Bahkan sehingga ada sebahagian ulama yang mewajibkanhal itu, sebagaimana perkataan Sheikh al-Albani rahimahullah dalammengulas sabda Nabi s.a.w. “...atau Allah akan memperselisihkanwaj ah-wajah kalian,” dengan menyatakan, “Sesungguhnya ancaman sepertiini tidak boleh dikatakan termasuk perkara yang tidak diwajibkan,sebagaim ana tidak samar lagi.” Akan tetapi sungguh amat sangatdisayangkan, sunnah meluruskan dan merapatkan saf ini telah diremehkanbahkan dilupakan kecuali oleh segelintir kaum muslimin.

Berkata Sheikh Masyhur Hasan Salman (Rujuk: Majalah FATAWA, vol. 3/no.11, November 2007/Dzulqae’ dah 1428):

Apabilajamaah solat tidak melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh Anasdan al-Nu’man maka akan selalu ada celah dan ketidaksempurnaan dalamsaf. Dan pada kenyataannya (kebanyakannya) para jemaah solat apabilamereka merapatkan saf maka akan luaslah saf (menampung banyak jemaah)khususnya saf pertama kemudian yang kedua dan yang ketiga. Apabilamereka tidak melakukannya, maka:

Pertama: Mereka terjerumus dalam larangan syar’i, iaitu tidak meluruskan dan meluruskan saf.

Kedua:Mereka menyediakan celah untuk syaitan dan Allah akan memutuskanmereka, sebagaimana hadis dari Umar bin Khaththab r.a. bahawasanya Nabis.a.w. bersabda, “Tegakkan saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kaliandan tutuplah celah-celah dan jangan kalian tinggalkan celah untuksyaitan, barangsiapa yang menyambung saf nescaya Allah akanmenyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya Allah akanmemutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Khuzaimahdan al-Hakim) “Dan barangsiapa memutuskan saf (tidak merapatkan ataumemenuhkan saf), maka Allah akan memutuskan hubungan dengan-Nya.”( Hadis Riwayat Abu Daud, no. 785)

Ketiga:Terjadi perselisihan dalam hati-hati mereka dan timbul banyakpertentangan di antara mereka, sebagaimana dalam hadis an-Nu’manterdapat faedah yang menjadi terkenal dalam ilmu jiwa, iaitusesungguhnya rosaknya zahir mempengaruhi rosaknya batin dan begitujugalah sebaliknya. Di samping itu bahawa sunnah meluruskan danmerapatkan saf menunjukkan rasa persaudaraan dan salingtolong- menolong, sehingga bahu si miskin menempel dengan bahu si kayadan kaki orang lemah merapat dengan kaki orang kuat, semuanya dalamsatu barisan seperti bangunan yang kuat, saling menopang satu samalainnya.

Keempat:Mereka kehilangan pahala yang besar yang dikhabarkan melaluihadis- hadis yang sahih, di antaranya sabda Nabi s.a.w., “SesungguhnyaAllah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang menyambungsaf.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim.Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Kitabnya Sahih at-Targhib waat-Tarhib, 1/335)


Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

“DariNu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkanbahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya denganlutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kakisaudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no.616)

2 – Meratakan/meluruska n telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

“DariAnas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing darikami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinyadengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-duajari- jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari danAbu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arahkiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyimal-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w.Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlahsaf- saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, danlembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian.Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yangmenyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yangmemutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no.666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w.bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitanmasuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (HadisRiwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam SahihSunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Darian-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskansaf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliaumemandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami(sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliaukeluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akanbertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, makabeliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benarmelurusk an saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”.(Diriwayatka n oleh Muslim, no. 436)


Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini

Larangan Membuat Saf Sendirian

Seorangmakmum dilarang membuat saf sendirian, berdasarkan hadis yangdiriwayatkan oleh Wabishah bin Mi’bad, bahawa Rasulullah s.a.w.. melihatseseorang solat di belakang saf sendirian, maka beliau memerintahkanuntuk mengulang solatnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/299 danIrwaa’ul Ghalil, no. 541)

Menurut Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin (rujuk:asy-Syarhul Mumti’, 4/376-385), jika seseorang menjumpai saf yang sudahpenuh, sementara ia sendirian dan tidak ada yang ditunggu, maka bolehbaginya solat sendiri di belakang saf itu.

Untuk menjaga keutuhan, seseorang dibolehkan untuk majuatau bergerak ke hadapan ketika mana mendapati ada saf di hadapannyayang terputus. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah,beliau bersabda, “Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada safmaka Allah akan mengampuni dosanya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar dengansanad yang hasan)

Tiada langkah paling baik melebihi yang dilakukan olehseseorang untuk menutupi celah di dalam saf. Dan semakin banyak temandan saf dalam solat berjamaah akan semakin afdhal, sebegaimana yangdiriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solatseorang bersama seseorang lebih baik daripada solat sendirian, dansolat bersama dua orang lebih baik dari solat bersama seseorang.. Danbila lebih banyak maka yang demikian lebih disukai oleh Allah ‘Azza waJalla.” (Muttafaq ‘Alaih)

Terpisahnya Makmum Dengan Imam Kerana Dinding

Diriwayatkandari Aisyah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. solat pada malam hari dikamarnya. Sementara dinding kamar itu pendek, sehingga orang-orangdapat melihat Nabi s.a.w., maka sejumlah orang berdiri mengikutisolatnya. ..” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 729)

Memasuki Saf Dalam Keadaan Tenang


Dan
ketika memasuki saf untuk solat disunnahkan untuk melakukannya dengan
tenang iaitu tidak terburu-buru, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi
Bakrah, bahawasanya ia solat dan mendapati Nabi sedang ruku’ lalu dia
ikut ruku’ sebelum sampai kepada saf, maka Nabi berkata kepadanya,
“Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat (kemahuan), tetapi jangan
kamu ulangi lagi.” (Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari) Dan dalam Riwayat
Abu Daud, ada tambahan, “Ia ruku’ sebelum sampai di saf lalu dia
berjalan menuju saf.” (Rujuk artikel berkenaan hal ini di pautan berikut:
http://fiqh- sunnah.blogspot. com/2008/ 02/082-persoalan -masbuk-ketika- imam-sedang. html)


Rujukan/Disusun Daripada:

1 – Majalah FATAWA, vol. 3/no.11, November 2007/Dzulqa’dah 1428.
2 – Kertas Kerja: Merapatkan, Meluruskan, & Meratakan Saf Dalam Solat, Oleh Ustaz Rasul bin Dahri.
3 – Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri.
4 - Shahih Fiqih Sunnah, Jilid 2, Oleh Sheikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim.
5 – Ensiklopedi Shalat Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah, Jilid 2, oleh Dr. Sa’id ‘Ali bin Wahf al-Qahthani.

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.