Wednesday, February 17, 2010

Maulidurrasul Satu Pedoman

 

Pada keheningan malam tanggal 12 rabi'ulawal, maka lahirlah seorang putera yang digelar Muhammad (sayyidul muttaqin) yang dengan lahirnya merupakan rahmat bagi sekalian alam.


"maka tidak kami utuskan kau (wahai Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam"

Dengan utusan nabiyuna ini, maka tersebarlah agama suci Islam ke seluruh pelosok dunia yang menjadi satu pegangan yang mampu menyelamatkan umat manusia di akhirat nanti. Baginda (s.a.w) adalah seorang manusia yang paling besar jasanya dalam kehidupan. Lihatlah, bagaimana baginda (s.a.w) membawa perubahan-perubahan dalam masyarakat sekitar mekah pada zaman mudanya. Kemudian, perubahan-perubahan yang lain pula dalam sistem kehidupan yang baginda (s.a.w) jalankan yang sudah tentu berlandaskan wahyu-wahyu dan petunjuk daripada Allah baik dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Inilah yang menjadi contoh ikutan sepanjang hayat bagi seluruh umat Islam.


Sifat keperibadian baginda (s.a.w) yang sangat terpuji dan mulia menjadikan dakwah baginda mendapat kepercayaan manusia dengan izin Allah. Boleh dikatakan sebahagian besar dakwah baginda merupakan dakwah dengan perilaku baginda sendiri (dakwah bilhal). Oleh sebab itu, pendekatan dakwah dengan perbuatan adalah lebih kuat berbanding berdakwah dengan kata-kata tanpa sebarang perbuatan yang dilakukan berdasarkan apa yang dilafazkan. Pendekatan ini juga mendapat pengiktirafan barat dalam peribahasanya:


"action speaks louder than words".




Di sini penulis ingin mencoretkan sedikit kisah baginda (s.a.w) berkaitan dakwah baginda yang semata-mata menggunakan sifat kemuliaan dan tingkah laku baginda yang mampu menarik masyarakat untuk memeluk agama Islam yang suci...


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang Setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah (s.a.w) mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah (s.a.w) menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) melakukan hal ini setiap hari sehingga kewafatan baginda (s.a.w).

Setelah wafatnya baginda (s.a.w) maka tiada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat baginda (s.a.w) iaitu Abu bakar (r.a) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah (r.a) yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah (s.a.w) dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah perbuatan kekasihku yang belum aku kerjakan lagi?".

maka Aisyah (r.a) menjawab, "Wahai bapaku, engkaulah seorang ahli sunnah dan hampir tiada satu perbuatan baginda (s.a.w) pun yang belum ayah kerjakan kecuali satu saja".

"Apakah itu?", tanya Abu bakar (r.a). "Setiap pagi baginda (s.a.w) selalu pergi ke berkunjung ke pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah (r.a).

Keesokan harinya Abu bakar (r.a) pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar (r.a) menghampiri pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar (r.a) mula menyuapnya, si pengemis buta itu marah sambil menengking, "Siapakah kamu ?!". Abu bakar (r.a) menjawab, "Akulah orang yang biasa mendatangi kau." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , nafi si pengemis buta itu keras.

"Apabila ia datang kepadaku tidak kasar tangan ini memegangnya dan tidak susah mulut ini mengunyahnya. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkanku dan terlebih dahulu melumatkan makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu bakar (r.a) tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia yang kau maksudkan itu telah tiada. baginda adalah Muhammad Rasulullah (s.a.w) ". terkedu pengemis buta itu seketika dan ketika itu juga pengemis itu menangis selepas mendengar penjelasan Abu bakar (r.a), dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, baginda tidak pernah memarahiku sedikitpun, baginda mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, baginda begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu bakar (r.a) saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

oleh itu, bersempena dengan maulidurRasul yang semakin hampir tiba ini, penulis menyeru, marilah sama-sama kita meneladani sifat dan akhlak baginda (s.a.w) untuk kebahagiaan kita bersama di dunia dan akhirat.satu hadis nabi (s.a.w):-


Setiap daripada kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga, kecuali bagi sesiapa yang enggan. Maka bertanya para sahabat: siapakah yang enggan itu wahai Rasulallah (s.a.w)? jawab bginda (s.a.w): sesiapa yang mentaatiku akan masuk kesyurga, sesiapa yang mengingkariku maka dialah yang enggan. (au kama kola annabi)




~Selamat menyambut maulidurrasul~

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.