Wednesday, February 10, 2010

L, P, motosikal, kereta, lori, bas...

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 16 Desember yang lalu, maka berbondong-bondong lepasan-lepasan sekolah yang mendaftar di institut-institut latihan permotoran. Masing-masing berhasrat untuk mendapatkan lesen secepat mungkin supaya mereka mampu untuk bergerak dengan bebas nanti. Walaubagaimanapun, ramai dalam kalangan kita, yang mungkin ketika meninggalkan alam persekolahan dahulu, berlatarbelakangkan sekolah agama. Sebagaimana yang kita ketahui kehidupan di sana amat terjaga dan agak terpelihara. Baik dari segi perhubungan antara lelaki dan perempuannya, pakaian yang menutup auratnya, adab-adabnya dan banyak lagi.

Namun, ini semua hanya menjadi nostalgia dan sejarah hidup yang tidak mahu dipandang lagi oleh sesetengah daripada kita. Dari sudut tanggapan pertama kepada lepasan-lepasan sekolah ini terhadap pakaian mereka sudah nampak jelas mereka meninggalkan penghayatan kehidupan mereka di sekolah agama. Ke mana tudung-tudung kamu yang labuh itu dulu? Sudah menjadi kain maslin buat mencuci pinggan? Ke mana pakaian-pakaian kamu yang besar dan longgar dulu? Telah menjadi kain pembalut nangka? Ke mana seluar panjang kamu yang sopan dulu? Sudah dikerat dan dikecilkan supaya nampak lebih elegan dan kebaratan. Inilah semua sikap dan diri kita yang sebenarnya. Sudah tahu perbuatan yang dilakukan tidak elok, tetap itulah yang menjadi kesukaan. Apabila ditanya, beribu alasan dilontarkan kembali supaya dapat menegakkan benang yang basah.

Apalah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh masyarakat kita sebenarnya?


Jom fikir, jom zikir, jom ubah.
Bersama mengemudi bahtera tajdid.

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.