Saturday, February 27, 2010

Smart Solat

Alhamdulillah, selesai satu lagi program dakwah yang dianjurkan SMK Taman Seremban Jaya. Program ini telah dilangsungkan pada 25 Febuari yang lalu. Sasaran program ialah pelajar-pelajar tingkatan 1 sekolah tersebut.

Tahukah anda?

Sebenarnya, bukan ke atas nabi Muhammad (s.a.w) dan umatnya sahaja difardhukan ibadah solat bahkan telah difardhukan sejak sekalian lama dahulu ke atas nabi-nabi terdahulu.

Saturday, February 20, 2010

Sambutan Maulidurrasul

Bersamaan Sabtu, 25 Febuari 2010, 7 Rabi'ulAwal 1431H, Surau Nurul Hidayah Taman Seremban Jaya telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidurrasul dengan jayanya dengan bertujuan memperingati Rasulullah (s.a.w). Terdapat 3 fasa dalam majlis ini iaitu program gotong-royong persiapan majlis pada malam hari yang dijalankan pada sebelah petang. Fasa kedua, majlis bacaan yaasin dan tahlil selepas Asar dan jamuan ringan. Fasa terakhir pula, iaitu masa kemuncaknya kuliyyah yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Arni bin Muhammad Ghazali yang merupakan pengajar di Kolej Islam Darul Fuqaha' merangkap seorang pensyarah sementara. Di sini, suka penulis berkongsi isi kandungan kuliyyah yang telah disampaikan al-Fadhil Ustaz.

Apabila ditanya tentang nikmat yang terbesar yang kita peroleh. Sudah tentu ramai yang menjawab nikmat iman dan Islam. Kata seorang tokoh ulama', Inbu Rejab bin Hanbal: ada satu nikmat yang mendahului kebesaran nikmat iman dan Islam yang disebut sebesar-besar nikmat (أعظم النعمة) iaitu dikurniakan seorang rasul sebagai pembimbing daripada kegelapan. Kerana tanpa seorang rasul (Muhammad s.a.w)yang diutus untuk memperbaiki aqidah, maka sudah pasti tiadalah yang disebut nikmat iman dan Islam.

Thursday, February 18, 2010

"Teh Tarik Satu, Kopi satu"?












Rancangan :Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Tajuk : Juara Rakyat
Masa : Khamis, 10 malam di TV1
Panel jemputan :-
1. S.S Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (mufti negeri perak)
2. Ustaz Mohamad Farid Ravi Abdullah(tilawah interaktif)
3. Y.B. Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim

Penulis yang baru sahaja pulang dari surau selepas bacaan Yaasin, terus menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan di TV1. pada pandangan awal, tentu forum ini akan menghasilkan satu buah fikiran yang hebat apabila dibual bicarakan. ya, sudah tentulah kerana moderator-moderatornya daripada kalangan orang-orang hebat dan 'well known'. namun harapan tinggal hanya menjadi harapan kerana ada dalam kalangan moderator yang memberikan pandangan yang mencampur adukkan niat busuk dan kolot untuk menghentam individu-individu tertentu. bukan niat penulis untuk menghentam mana-mana individu, tetapi apa yang penulis lihat, perkara ini haruslah diubah oleh individu tersebut untuk menjuarai rakyat.

Wednesday, February 17, 2010

Maulidurrasul Satu Pedoman

 

Pada keheningan malam tanggal 12 rabi'ulawal, maka lahirlah seorang putera yang digelar Muhammad (sayyidul muttaqin) yang dengan lahirnya merupakan rahmat bagi sekalian alam.


"maka tidak kami utuskan kau (wahai Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam"

Dengan utusan nabiyuna ini, maka tersebarlah agama suci Islam ke seluruh pelosok dunia yang menjadi satu pegangan yang mampu menyelamatkan umat manusia di akhirat nanti. Baginda (s.a.w) adalah seorang manusia yang paling besar jasanya dalam kehidupan. Lihatlah, bagaimana baginda (s.a.w) membawa perubahan-perubahan dalam masyarakat sekitar mekah pada zaman mudanya. Kemudian, perubahan-perubahan yang lain pula dalam sistem kehidupan yang baginda (s.a.w) jalankan yang sudah tentu berlandaskan wahyu-wahyu dan petunjuk daripada Allah baik dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Inilah yang menjadi contoh ikutan sepanjang hayat bagi seluruh umat Islam.


Sifat keperibadian baginda (s.a.w) yang sangat terpuji dan mulia menjadikan dakwah baginda mendapat kepercayaan manusia dengan izin Allah. Boleh dikatakan sebahagian besar dakwah baginda merupakan dakwah dengan perilaku baginda sendiri (dakwah bilhal). Oleh sebab itu, pendekatan dakwah dengan perbuatan adalah lebih kuat berbanding berdakwah dengan kata-kata tanpa sebarang perbuatan yang dilakukan berdasarkan apa yang dilafazkan. Pendekatan ini juga mendapat pengiktirafan barat dalam peribahasanya:


"action speaks louder than words".

Wednesday, February 10, 2010

L, P, motosikal, kereta, lori, bas...

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 16 Desember yang lalu, maka berbondong-bondong lepasan-lepasan sekolah yang mendaftar di institut-institut latihan permotoran. Masing-masing berhasrat untuk mendapatkan lesen secepat mungkin supaya mereka mampu untuk bergerak dengan bebas nanti. Walaubagaimanapun, ramai dalam kalangan kita, yang mungkin ketika meninggalkan alam persekolahan dahulu, berlatarbelakangkan sekolah agama. Sebagaimana yang kita ketahui kehidupan di sana amat terjaga dan agak terpelihara. Baik dari segi perhubungan antara lelaki dan perempuannya, pakaian yang menutup auratnya, adab-adabnya dan banyak lagi.

Thursday, February 4, 2010

daurah baitul qurra'



Pada 12hb januari yang lalu, daurah di Pondok Baitul Qurra’ wal-'Ilmi telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Daurah diadakan selama 2 minggu +-. Terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin ‘Ismail kerana sanggup meluangkan masa mengajar peserta daurah yang seramai 30 orang.


 



Alhamdulillah, bukan sekadar memperoleh ilmu yang dicurahkan ustaz, bahkan sempat bersama dalam program lawatan ilmiah dan dakwah Al-Habib Umar bin Muhammad Al-Hafidz di pondok baitul qurra’ sendiri. Dianggarkan pada malam 12 hb itu seramai 7,ooo-1o,ooo orang yang hadir.


Pelajar daurah adalah gabungan daripada beberapa buah sekolah. KISAS + SMKAK + KUISISS + SMKA SHAMS + Teknik TTJ serta beberapa pelajar pondok.
Diharap pembaca boleh menanam semangat menuntut ilmu agama yang menjadi satu kewajipan ke atas kita semua sebagai pelindung diri kita semua.



Alamat surat menyurat:
          Pondok Baitul Qurra',
          Lorong Haji Abdul Wahid,
          Paya Rumput, Sungai Udang,
          Melaka.

Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah dan Tuntutannya




Sebaik-baik Saf Dan Keutamaan Saf
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 430)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no.615. Muslim, no. 137)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.