Thursday, February 18, 2010

"Teh Tarik Satu, Kopi satu"?












Rancangan :Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Tajuk : Juara Rakyat
Masa : Khamis, 10 malam di TV1
Panel jemputan :-
1. S.S Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (mufti negeri perak)
2. Ustaz Mohamad Farid Ravi Abdullah(tilawah interaktif)
3. Y.B. Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim

Penulis yang baru sahaja pulang dari surau selepas bacaan Yaasin, terus menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan di TV1. pada pandangan awal, tentu forum ini akan menghasilkan satu buah fikiran yang hebat apabila dibual bicarakan. ya, sudah tentulah kerana moderator-moderatornya daripada kalangan orang-orang hebat dan 'well known'. namun harapan tinggal hanya menjadi harapan kerana ada dalam kalangan moderator yang memberikan pandangan yang mencampur adukkan niat busuk dan kolot untuk menghentam individu-individu tertentu. bukan niat penulis untuk menghentam mana-mana individu, tetapi apa yang penulis lihat, perkara ini haruslah diubah oleh individu tersebut untuk menjuarai rakyat.










Pesanan penulis:.....
Ya, kami tahu anda berada di tempat tinggi dan memegang jawatan yang tinggi, tetapi anda harus ingat bahawa masyarakat tidak bodoh dan tuli untuk menilai kata-kata anda yang busuk dan berbau cercaan itu. mungkin anda petah dan lurus dalam kata-kata, tetapi itu tidak menjadi satu pelindung buat kata-kata yang dilafazkan. tujuan kita sudah tentu memberi pengetahuan dan kesedaran terhadap masyarakat, dan itu yang menjadi matlamat utama. bukan seperti yang dimaksudkan di sini iaitu mencerca individu atau golongan tertentu. nasihat penulis, anda dianugerahkan Allah dengan mempunyai peluang yang besar untuk merubah keadaan masyarakat. anda seharusnya menggunakan peluang itu sebaiknya dan jangan menjadi korupsi yang membarahkan lagi keadaan masyarakat.


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang ertinya: “Akan muncul di akhir zaman nanti orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (yang sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (HR: Tirmidzi)

...sedang moderator petah berkata-kata, terkeluar perkataan ini..."teh tarik satu, kopi satu"...fikirkanlah apa yang dimaksudkannya. mungkin sabagai satu gurauan dan mungkin juga sebagai satu hinaan yang bersifat gurauan...

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.