Thursday, December 16, 2010

Rahsia Disebalik 10 Muharram


          Di dalam al-quran Allah menyebut, bahawasanya Allah menciptakan kepada manusia dengan berbilang-bilang bulan, dan dalam berbilang-bilang itu terdapat 4 bulan yang dinamakan 'ashhurul hurum'. Iaitu 4 bulan yang mulia di sisi Allah swt dan keempat-empat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang diantaranya ialah bulan Muharram.

          Sedar tidak sedar, hakikat kita sekarang berada dalam 1 bulan yang dimuliakan Allah iaitu Muharram. Ada pendapat yang mengatakan bulan yang paling afdhl selepas bulan Ramadhan ialah bulan Zulhijjah. Ada juga pendapat yang mengatakan bulan Muharram. Khilaf ulama'. Namun yang pasti, Muharram termasuk dalam kelompok yang 4 iaitu bulan yang mulia di sisi Allah.

          Apa yang perlu kita sedar bahawa Muharram itu menjadi sebuah permulaan perjalanan dalam kalender Islam yang kita sebut sebagai tahun baru. Menyebut tentang tahun baru bermakna mestinya kita menempuh bulan yang baru. Maka 10 hari terawal yang menjadi keistimewaan Muharram yang merupakan pembukaan tahun baru inilah yang disebut 'A'syura'.

Sabda Nabi saw :
Hari 'Asyura diterima di sisi Allah swt sebagai penggugur dosa kesalahan kepada Allah selama setahun yang berlalu. (hadis riwayat Muslim)

          Para pembaca sekalian, inilah jualan murah yang Allah swt tawarkan kepada kita sebagai umat nabi Muhammad saw yang mulia. Dalam hadis lain, nabi saw menyebut berpuasa pada hari 'Asyura lebih baik daripada 30 hari pada bulan-bulan yang lain. Walaupun hadis ini dhoif, cukup untuk mengatakan yang bulan Muharram ini adalah bulan yang mulia.

          Ditambah lagi dengan riwayat-riwayat penceritaan kisah-kisah nabi yang berlaku pada 10 Muharram yang mana Allah melepaskan kesusahan-kesusahan ke atas para nabi dan rasul.

          Diantaranya, ada riwayat menceritakan kisah nabi Ibrahim as yang ditolak seruan tauhid baginda oleh kaumnya yang akhirnya baginda dibakar hidup-hidup dengan api yang setinggi pohon kelapa. Lalu mereka mengikat Ibrahim di atas manjaniq (alat pelontar besar di zaman dulu) dan melontarkannya ke dalam api yang menyala. Ketika Nabi Ibrahim as dilemparkan ke dalam api, maka beliau pun membaca doa: “Cukuplah Allah bagiku, dan Dia sebaik-baik penolong.” Lalu Allah pun menolong Rasul-Nya dan berkata kepada api: “Hai api, jadilah kau sejuk, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.” Ada riwayat yang mengatakan Ibrahim as keluar daripada api yang menjulang dalam keadaan menggigil kesejukan. Wallahua'lam. Kisah ini, berlaku 10 Muharram.

          Selain itu, kisah Musa as ketika dikejar Firaun laknatullah alaih kerana juga ditolak seruan tauhid baginda sehinggalah baginda serta pengikutnya tiba di laut Merah. Tiada jalan lagi unutk melepaskan diri. Ada riwayat yang menyebut, pengikut Musa yang yakin dengan bantuan Allah terus terjun ke dalam laut dan mati. Kemudian seorang lagi yang turut yakin dengan bantuan Allah juga terjun dan mati. Sehinggalah Allah menurunkan wahyu kepada Musa as untuk mengetuk laut merah dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah laut itu membelah 2 dan terbentuklah 2 dinding air yang tinggi untuk melepaskan Musa as dan pengikutnya daripada Firaun. Ini juga berlaku 10 Muharram.

          Di samping itu, kisah nabi Ayyub as. yang menimpa satu penyakit yang tiada wujud pada zamannya itu. Sehingga masyarakat sekeliling berasa jijik dan hina dengan penyakit baginda. Mengikut ulama' tafsir, nabi Ayyub as seorang yang sangat kaya yang mempunyai harta yang melimpah ruah. Disebabkan penyakit yang menimpanya, baginda hilang kesemuanya dan akhirnya baginda diasingkan pada sebuah tempat pembuangan sampah di luar kota tempat tinggalnya. Dikatakan penyakitnya itu tiada sejengkal pun daripada batang tubuhnya yang tidak terkena penyakit tersebut. Akhirnya, Allah swt memerintahkan : "Pukullah bumi ini dengan kakimu." Maka baginda pun melaksanakannya, lalu Allah swt memancarkan mata air yang dingin, dan Dia memerintahkan kepada baginda agar mandi dan minum dari air tersebut, kemudian Allah swt  menghilangkan semua penyakit dan penderitaan yang menimpa baginda baik yang zahir atau batin, dan Allah swt menggantikannya dengan kesihatan yang sempurna zahir dan batin serta harta yang banyak sehingga limpahan harta menghujani dirinya. Juga berlaku 10 Muharram.


          Kisah nabi Nuh as pula yang dilabel sebagai nabi yang gila. Menyeru umatnya membantunya menyiapkan sebuah bahtera untuk menghadapi banjir yang maha dahsyat supaya masing-masing boleh menyelamatkan diri. Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah Allah swt.Sehingga ada yang mengatakan kepada baginda,"Wahai Nuh! Sejak bila kau menjadi tukang kayu dan pembuat kapal? Bukankah kau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal. Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air. Adakah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang akan menarik kapalmu ke laut?" Maka azab Allah menimpa ke atas kaum Nuh yang ingkar dan Nuh dan pengikutnya diselamatkan Allah swt. Ini juga berlaku 10 Muharram.

          Lagi kisah nabi, tentang nabi Salleh. Diselamatkan daripada kejahatan Kaum Tsamud yang ingkar terhadap perintahnya ke atas unta yang dikirim Allah swt kepada baginda. Akhirnya unta itu dibunuh. Maka Allah turunkan ke atas kaum itu batu-batu besar yang tidak tahu dari mana datangnya menimpa mereka dan dengan seketika merebahkan mereka ke atas tanah dengan tidak bernyawa lagi. Berlaku 10 Muharram.

         
          Banyak lagi kisah-kisah mukjizat disebalik 10 Muharram yang tidak sempat saya tuliskan di sini. Apa yang saya dapat simpulkan marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita pada 10 Muharram ini seperti berpuasa sunat yang sangat dituntut, bersedekah dan sebagainya. Mungkin pada tahun ini kita terlepas daripada berbuat demikian. Namun, jadikanlah 10 Muharram pada tahun ini sebagai pencetus untuk kita terus berbuat amalan dan mempertingkatkannya pada masa akan datang. InsyaAllah.


Wallahua'lam.

Sunday, September 12, 2010

Monday, September 6, 2010

1Malaysiakah?


Assalamualaikum..
Ini adalah iklan raya 2010 TV3..
Cuba anda perhati dengan teliti..
Apa maksud tersirat dalam iklan tersebut?

Salam Ramadhan,
Umar Haziq

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat berpuasa!
Kutiplah keredhaan Allah yang melimpah ruah pada bulan yang mulia ini!

"...moga-moga kamu bertaqwa"
kullu waqt ana wa antum bikhair, insyaAllah

RAMADHAN KAREEM, ALLAHUAKRAM

Puasa Memproses Taqwa : Siri Pertama

Alhamdulillah Rabbi al-'alamin...
Firman Allah dalam al-Quran :-

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Alhamdulillah..
Allah masih lagi memberi kekuatan, keupayaan dan kemahuan untuk terus kita mengabdikan diri kepada Allah ta'ala, lagi-lagi pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Entri terbaru ini saya ingin mengajak anda melihat beberapa perkara berkaitan dengan kelengkapan yang diperlukan oleh diri kita bagi memaksimumkan ruang yang ada pada bulan Ramadhan dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Ini kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali. Oleh itu, perkara yang disebut sebagai tahunan ini perlu untuk diusahakan dengan sebaiknya dan kerana itu kita perlu saling mengingati dari masa ke masa.

Baik, apa yang saya ingin katakan di sini adalah apakah sebenarnya kehendak Allah daripada ayat yang difirmankan kepada kita di atas...
Untuk makluman, ayat ini diturunkan pada tahun ke-2 hijrah sebagai pensyariatan ibadah puasa ke atas nabi Muhammad saw, para sahabat dan seluruh umat Islam.


Sekadar renungan kita bersama, pada tahun 1961..

Saturday, August 7, 2010

Nafas Baru


Akhirnya, dengan izin Allah dapat juga saya memberi wajah baru kepada laman saya ini walaupun sebuk dengan banyak aktiviti. Walaubagaimana pun, saya masih mengharapkan agar blog ini dapat terus saya usahakan bagi menyumbang dalam aktiviti dakwah.

Walaupun usaha saya ini bagai usaha yang tiada mendatangkan hasil, teringat saya akan satu kisah yang berlaku semasa zaman nabi Ibrahim a.s.:

Sunday, May 23, 2010

Apabila Yang Dicari Adalah Pahala

Sahabat-sahabatku,

Apabila anda menyampaikan sesuatu lalu anda dibalas dengan sebuah tamparan dan kejian yang menyakitkan, maka bersabarlah, usah cepat melenting dan terkejut. Jangan pula terus membenci dan meluah kata-kata kesat sama seperti mereka.

Kerana bukan redha mereka yang kita harapkan. Bukan jua tagih simpati mereka yang kita nanti-nantikan.

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.