Saturday, February 27, 2010

Smart Solat

Alhamdulillah, selesai satu lagi program dakwah yang dianjurkan SMK Taman Seremban Jaya. Program ini telah dilangsungkan pada 25 Febuari yang lalu. Sasaran program ialah pelajar-pelajar tingkatan 1 sekolah tersebut.

Tahukah anda?

Sebenarnya, bukan ke atas nabi Muhammad (s.a.w) dan umatnya sahaja difardhukan ibadah solat bahkan telah difardhukan sejak sekalian lama dahulu ke atas nabi-nabi terdahulu.


Pelajar sedang membaca bacaan dalam solat.



















Semua sedang bertumpu pada taklimat yang diberi

Fiqh wudhu'


Sujud!..."bang, lenguh bang"...



1. Ibadah solat nabi Musa (a.s): (Yunus:87)

(وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوۡمِكُمَا بِمِصۡرَ بُيُوتً۬ا وَٱجۡعَلُواْ بُيُوتَڪُمۡ قِبۡلَةً۬ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨٧
"Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya).(87)"

2. Ibadah solat nabi 'Isa (a.s): (Maryam:31)

Allah merakamkan kata-kata nabi 'Isa ketika baginda masih kecil yang mengikut hukum akal mustahil untuk seorang manusia bertutur.

وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيۡنَ مَا ڪُنتُ وَأَوۡصَـٰنِى بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّڪَوٰةِ مَا دُمۡتُ حَيًّ۬ا 
"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.(31)"

3. Ibadah solat nabi Ibrahim (a.s): (Ibrahim:37)

رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.(37)"

4. Ibadah Solat nabi 'Ismail (a.s): (Al-Anbiya:72-73)

وَوَهَبۡنَا لَهُ ۥۤ إِسۡحَـٰقَ وَيَعۡقُوبَ نَافِلَةً۬‌ۖ وَكُلاًّ۬ جَعَلۡنَا صَـٰلِحِينَ (72) وَجَعَلۡنَـٰهُمۡ أَٮِٕمَّةً۬ يَہۡدُونَ بِأَمۡرِنَا وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِمۡ فِعۡلَ ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّڪَوٰةِ‌ۖ وَكَانُواْ لَنَا عَـٰبِدِينَ ( 73
"Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.(73) Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(72)"

5. Ibadah solat nabi Yunus (a.s): (As-Saffat:143-144)

(فَلَوۡلَآ أَنَّهُ ۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ (١٤٣) لَلَبِثَ فِى بَطۡنِهِۦۤ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ (١٤٤
"Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih).(144) Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.(143)"

*Zikir dan tasbih yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah ibadah solat yang dilakukan nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan tersebut.

Berkesinambungan dengan tuntutan kefardhuan ini, maka Allah juga telah fardhukan ibadah solat ini ke atas seluruh umat nabi Muhammad (s.a.w). tidak boleh tidak untuk kita meninggalkan ibadah ini kerana ibadah ini telah ditetapkan waktu-waktunya.

فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡ‌ۚ فَإِذَا ٱطۡمَأۡنَنتُمۡ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا(١٠٣
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.(103)"

Oleh kerana itu, nabi Muhammad (s.a.w) sangat menekankan tentang ibadah ini. Sabda nabi Muhammad (s.a.w): Daripada Tamim Ad-Dari: "perkara yang paling awal dihisab ke atas hamba adalah "solat", kemudian barulah amalan-amalan lain" (riwayat at-tabrani).

Mana mungkin peluang dan ruang yang telah dikhaskan Allah s.w.t untuk seorang hamba berdua-duaan dengan-Nya diabaikan dan disia-siakan oleh seseorang yang punyai akal yang waras? Allah mengurniai umat manusia untuk bersama-samanya ibarat berada dalam alam yang lain untuk mengeluarkan segala keluh kesah yang berada dalam diri. Samalah juga seperti seorang kanak-kanak yang mendapat sesuatu yang sangat diingininya, pasti dia akan menjaganya, melindunginya daripada diambil orang lain, dan juga sentiasa bersama-samanya walau ke mana-mana sekalipun. Begitulah juga hendaknya perumpamaan diri kita dengan ibadah solat.

Wallahua'lam.

~JOM SOLAT!~

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.