Saturday, August 7, 2010

Nafas Baru


Akhirnya, dengan izin Allah dapat juga saya memberi wajah baru kepada laman saya ini walaupun sebuk dengan banyak aktiviti. Walaubagaimana pun, saya masih mengharapkan agar blog ini dapat terus saya usahakan bagi menyumbang dalam aktiviti dakwah.

Walaupun usaha saya ini bagai usaha yang tiada mendatangkan hasil, teringat saya akan satu kisah yang berlaku semasa zaman nabi Ibrahim a.s.:

Kaumnya pun mendirikan bangunan untuk membakar Nabi Ibrahim, mereka mengumpulkan kayu bakar dari berbagai macam tempat, lalu menuju ke tempat pembakaran yang sangat besar, kemudian meletakkan kayu-kayu itu di dalamnya dan membakarnya hingga api itu menyala-nyala. Ketika Sang nabi dibakar oleh kaumnya yang ingkar terhadap ajaran yang dibawanya, maka Allah telah mengarahkan ke atas api supaya menjadi sejuk. Sehingga ada riwayat mengatakan nabi Ibrahim menggigil kesejukan di dalam api yang marak itu.

“Hai api, menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.”

Namun bukanlah kisah ini yang menjadi fokus utama, tetapi ada satu kisah yang berlaku semasa kejadian ini. Dikatakan terdapat seekor burung kecil yang bertungkus-lumus dalam memadam api kebakaran yang membakar sang nabi tersebut. Burung itu terus berulang-alik dari tempat kebakaran itu dan sumber air. apa yang mampu dibawanya hanay beberapa titis air yang langsung tidak memberi kesan kepada api yang sangat besar itu. 

Walau bagaimanapun, di sana terdapat seekor cicak  yang turut bertindak terhadap api tersebut dengan meniup apitersebut. Namun, bukanlah tujuannya untuk memadam api tersebut, tetapi mengharapkan api tersebut menjadi lebih marak. Kemudian berkatalah cicak itu kepada si burung.

"Hei burung, apakah kau tidak sedar bahawasanya tindakan kau itu tiada langsung memberi kesan terhadap api ini?"

"Sesungguhnya aku tahu bahawa tindakan ku ini tiada langsung memberi kesan. Bagiku, sebenarnya tidak aku khuatir nabi Ibrahim dibakar kerana sesungguhnya aku tahu bahawasanya Allah akan melindunginya. Apa yang aku takutkan ialah di hari akhirat kelak. Apa yang mahu aku jawab daripada pertanyaan Allah terhadapku apabila Allah menanyakan aku tentang usahaku apabila melihat nabi pesuruhnya dibakar?"

Begitulah harapan saya ke atas laman ini supaya menjadi bukti usaha saya dalam misi dakwah menegakkan agama Allah. InsyaAllah...

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.