Sunday, April 11, 2010

Kuliyah Dhuha Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di BQ

Assalamualaikum wbt.
Pagi tadi saya bertolak ke Melaka untuk mengikuti kuliyah dhuha di Madrasah Baitul Qurra' wal 'Ilmi. Namun, buat julung-julung kalinya, hari ini di Madrasah Baitul Qurra' wal 'Ilmi, majlis ilmu kuliyah dhuha yang sebelum ini disampaikan oleh Ustaz Zulkifli (Mudir Madrasah Baitul Qurra' wal 'Ilmi) telah disampaikan oleh Sheikh Nuruddin.


Kitab khas yang beliau bawakan untuk pengisian beliau di Pondok Baitul Qurra' ialah kitab beliau sendiri, iaitu kitab 'asmal mutholib'. Sebuah kitab yang beliau karang dengan mengumpulkan hadis-hadis daripada Saydina Ali(karramallahuwajhah). Mempunyai sejumlah 49 buah hadis.
Sheikh Nuruddin berdoa mohon Allah ta'ala supaya memberkati majlis ilmu ini.

Banyak contoh-contoh yang diberi dalam kuliyah beliau.

Sheikh Nuruddin sedang memandang Ustaz Zulkifli yang duduk di sebelah kanannya.

Ramai orang yang datang untuk menuntut ilmu daripada tok guru dari Banjar ini.

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.