Monday, March 29, 2010

"Leaders Are Readers"

Firman Allah:-

surah al-’alaq: 1-5:-

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

Perintah untuk membaca adalah perkara yang pertama sekali yang diturunkan oleh Allah dalam episod penurunan wahyu. Pada ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. menggeletar kerana perkara yang sangat luar biasa berlaku kepada baginda. Malaikat Jibril memaksa baginda untuk membaca namun Nabi Muhammad s.a.w. lantas respon bahawa dia tidak tahu membaca.


Membaca tidak semestinya perlukan kepada memahami teks, tetapi membaca juga adalah boleh dikategorikan dengan memahami apa yang berlaku. Contohnya, ketika menjawab soalan peperiksaan, kita perlu “membaca” apa sebenarnya soalan tu sebenarnya mahukan ataupun ketika bermain catur mahupun bersukan, kita perlu “membaca” pergerakan pihak lawan untuk mengatasinya dalam permainan. Kemahiran membaca seperti ini sangatlah di tuntut dalam Islam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan alam sekeliling.

Allah s.w.t sering mengingatkan kepada umat manusia untuk menggunakan kelebihan akal yang dianugerahkan untuk mencapai tujuan diciptakan akal terbut yakni untuk membaca alam sekeliling bagaimana proses malam dan siang, kitaran hujan, interaksi antara manusia dan sebagainya sehingga akhirnya yakin bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Contoh ayat yang Allah turunkan adalah seperti yang ada dalam surah fussilat ayat 53 ini:

surah Fussilat: 53:-


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (53)

Jika diteliti ayat di atas, Allah menyuruh kita melihat kepada ufuk dan juga kepada diri kita manusia dengan sungguh-sungguh sehingga kita nampak dan jelas dengan proses yang berlaku. Hal yang demikian adalah kerana pada penciptaan Allah itu sudah ada kehebatan dan keajaiban, mukjizat yang tersembunyi dan tak disedari. Selama ini kita tidak ambil endah sahaja dengan apa yang kita nampak setiap hari seperti saat pertukaran siang dan malam serta juga sistem pada badan kita dan pelbagai lagi perkara menakjubkan yang sebelum ini tidak kita begitu tahu. Namun apabila kita telah mengetahui secebis sahaja daripada pengetahuan Allah dan rujuk kembali kepada ayat al-quran seperti yang tertera di atas, tahulah kita bahawa Allah itu maha berkuasa atas segalanya, setiap satu yang wujud, setiap planet, setiap manusia, setiap atom, setiap electron segalanya dibawah peraturan yang Allah tetapkan.

Kesimpulannya, ada dua jenis perkara yang kita boleh baca iaitu kauniyyah (penciptaan/makhluk) dan qauliyah (kata-kata/teks). Perkara yang ditekankan oleh saya dalam blog ini adalah mambaca daripada kauniyah (penciptaan/makhluk) kerana sering dilupakan. Oleh itu, saya tidaklah mahu untuk mengiklankan saluran pembacaan kerana anda sebagai pembaca juga sudah pasti tahu di mana untuk mendapatkan sumber-sumber pembacaan.

Tambahan pula, kata-kata peribahasa inggeris “leaders are readers” juga cukup untuk menunjukkan orang yang paling baik antara kita yang layak menjadi pemimpin adalah orang yang banyak membaca sekaligus mempunyai ilmu melebihi purata manusia. Membaca bukan sahaja menaikkan martabat kita di kaca mata manusia semata, tetapi Allah juga menaikkan martabat orang yang membaca ataupun menuntut ilmu. Akhir kata, ayuh membaca! Membaca itu adalah budaya muslim.

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.