Saturday, March 20, 2010

Gelombang Revolusi Dakwah Negara

            Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan Al-Quran dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.



                                        

"Rancangan realiti TV "Adik-adikku" bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak-kanak menjadi pemimpin masa hadapan."


          Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.




 


              Baru-baru ini, negara telah bertumpu kepada sebuah rancangan realiti. Rancangan ini saya kira sebagai putik yang bakal berkembang menjadi bunga yang mekar dan cantik serta akan memberi keharuman di setiap sudut. Walaupun di Indonesia sudah lama memulakan rancangn realiti seperti ini. Namun inilah yang saya kira sebagai permulaan revolusi dakwah negara.

               Inilah golongan-golongan muda yang telah didedahkan dengan bermacam-macam ilmu pengetahuan yang berteraskan agama Islam. Walaupun masih dalam usia yang muda, mereka telah diberi peluang menimba pengalaman yang ramai dalam kalangan golongan dewasa kini yang masih tidak mampu untuk melakukannya. Ditambah lagi dengan bantuan murabbi-murabbi yang hebat dan tidak mustahil 1o atau 2o tahun akan datang, akan lahir golongan-golongan ini, yang mampu mempertahankan agama dengan kelantangan dan kepetahan kata-kata mereka. 

              Kemudian saya berasa amat bangga sekali apabila melihatkan respons daripada masyarakat yang memberi sokongan penuh dan padu dalam menjayakan program ini. Lihatlah betapa banyaknya penaja yang sanggup menaja rancangan ini. Belum lagi masuk penaja-penaja yang tidak berdaftar (secara sukarela dan tidak dimasukkan namanya). Tambahan lagi, saya tidak merasakan rancangan-rancangan realiti lain seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, dll mempunyai penaja yang sebanyak ini. Di sini, saya dapat membuat satu kesimpulan ringkas daripada kenyataan ini. Bahawasanya, rakyat Malaysia kini memang berkehendak dengan program-program seperti ini. Cumanya, kurang penganjur yang mahu membuat program-program seperti ini. Ayuhlah, penuhikanlah media-media kita dengan program-program keagamaan seperti ini.

               Hebat! Saya masih teruja dengan penganjuran rancangan ini. Terima kasih kepada mudir yang merancang segala program ini. Semoga Allah merahmatinya.  

Al-Ulama' Warathatul Anbiya'

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.

Create your own video slideshow at animoto.com.